North Borneo Geek
Tagged

Do the Write Thing

This is actually a tag that I stumble at hanakirana’s blog. Everything is in Malay, so here it goes.

Syarat-syarat :

Tag dijawab dalam Bahasa Melayu sahaja.
Tag orang yang anda mahu tag.

  1. Apakah yang anda sedang lakukan 30 minit yang lalu?
    Menjawab, membuat komen bercerita dengan makcik di “Muka Buku”.
  2. 2 jam yang lalu?
    Sibuk melakar peta di kanvas bantal.
  3. Anda suka
    Komputer riba keluaran syarikat Encik Jobs.
  4. Minggu lepas
    Bermain permainan komputer di siber café bersama kawan-kawan.
  5. Tiga lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali
    Hujan –
    Aku Skandal
    Evanescence – Good Enough
    Hootie and The Blowfish – Time
  6. 3 binatang yang anda tak suka
    Saya pencinta binatang jadi amat susah juga untuk saya senaraikan binatang yang saya tidak suka, walaupun saya pernah sekali di gigit oleh anjing di bontot sebelah kanan semasa saya berjalan kembali dari rumah kawan ke SK Tanjung Aru. Dan jika ada sekumpulan geng anjing mahu berlumba-lumba semasa saya dengan rakan-rakan berbasikal, saya hanya berhenti serta merta, beri renungan bengis, buat-buat mengamuk mahu humban basikal kesayangan saya tetapi di dalam hati saya, mereka masih comel. Ya, saya sudah mula melalut. Sekian, terima kasih.
  7. 5 fakta tentang anda
    Saya mempunyai daya imaginasi yang tinggi.
    Saya akan menjadi hiper aktif jika kandungan gula badan tinggi, menyebabkan saya lebih berimaginasi tinggi.
    Saya suka bangun pagi, mahupun di hujung minggu dan cuti umum kerana saya nampak hebat begitu.
    Saya suka berjalan bersendirian kerana pada waktu itu la idea datang mencurah-curah.
    Saya perasan yang diri saya ini nampak hebat walaupun pada hakikatnya di mata orang lain saya nampak pelik. Ya, saya nampak hebat jika berkata sedemikian
  8. Tahun depan mungkin
    Saya pergi Korea untuk bertemu dengan Ahn So Hee dan Singapura untuk melawat Universal Studio, Insyallah.
  9. Saya tak reti
    Berenang.
    Terbang.
  10. Saya pandai
    Jelirkan lidah dan sentuh hidung.
  11. Kawan saya
    Sangat baik dan menghiburkan hati saya.
  12. Saya ada
    Seekor kucing betina yang tidak reti mengangkat anaknya.
  13. Saya seorang
    Yang suka buat benda yang pelik kerana saya nampak hebat begitu.
  14. Adik saya
    Nampak lebih tua dari saya. Komen seperti “Ini adik Abu? Ini adik Rizal? Masih belajar? Dimana kamu belajar? Tiada student card?” adalah lazim dengan saya. Terima kasih atas pujian-pujian tersebut 🙂
  15. Saya tak pernah bosan dengan (senaraikan 4)
    Alam
    Buku
    Internet
    Duit
  16. Bilakah pertama kali anda bercinta?
    Bila saya rasa perempuan bukan makhluk yang menjijikan.
  17. Perkara yang selalu orang tak percaya tentang anda
    Bila saya kata gadis idaman saya belum tahu lagi dia sedang bercinta dengan saya.
  18. Saya rindu
    Danish Meatball yang di jual di Ikea.
  19. Saya tak sabar
    Menjadi penghantar dan pengedar naskah surat khabar.
  20. 5 laman yang anda selalu layari
    Yahoo Mail, Facebook, LifeHacker, CIMB Bank, Google.
  21. Siapa yang anda mahu tag?
    Semua yang berminat.

Saya tidak sangka kamu cuba jelirkan lidah untuk sentuh hidung kamu. Saya cuma jelirkan lidah dan sentuh hidung guna tangan. Ada saya kata sentuh hidung guna lidah? Tidak bukan? Ya saya nampak hebat berbuat demikian.

Please follow and like us:

The Geek

A so-called geek who resides at North Borneo, in a not so little city anymore, formerly known as Api-Api to the locals, Jesselton to the colonialist. This geek is a former Civil Engineer who is working for himself, who will write whatever popped up in his mind and hoping the reader would not be so judgmental toward his writings.

2 thoughts on “Do the Write Thing

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.